
Gempa Bumi Landa Pesisir Pantai Lahad Datu
LAHAD DATU,. Satu gempa bumi lemah bermagnitud 3.5 melanda Persisiran Pantai Lahad Datu, 9.20 malam, hari ini.
Jabatan Meteorologi menerusi kenyataan berkata, gempa bumi itu berpusat 16 kilometer tenggara dari Lahad Datu pada lokasi 4.8 darjah Utara dan 118.9 darjah timur dan kedalaman 10 kilometer (km).
“Tiada amaran tsunami kepada Malaysia,” kata kenyataan itu.