Gencatan senjata berkuatkuasa di Gaza

Gencatan senjata berkuatkuasa di Gaza

GAZA CITY,. Gencatan senjata berkuatkuasa di Gaza pada Khamis selepas dua hari pertempuran berdarah melanda bandar itu, lapor agensi berita Anadolu.

Kumpulan Jihad Islam berkata pihaknya akan menghentikan serangan selepas Israel bersetuju dengan gencatan senjata yang diusahakan oleh Mesir.

Jurucakap kumpulan Jihad Islam Musab Al-Braim berkata gencatan senjata dikuat kuasa di Gaza pada 5 pagi waktu tempatan (0300GMT).

Jurucakap tentera Israel juga mengesahkan mengenai gencatan senjata itu.

Pertempuran tercetus selepas Israel membunuh komander Jihad Islam terkenal Bahaa Abu al-Atta, menyebabkan 34 rakyat Palestin maut dan lebih 110 orang cedera.

— BERNAMA

CATEGORIES
TAGS
Share This