Gerakkan Semua Kakitangan Perubatan Termasuk Pengamal Perubatan “Tidak Diiktiraf” – Jeffrey

KOTA KINABALU,. Timbalan Menteri Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan, Datuk Dr Jeffrey Kitingan hari ini menyeru kerajaan mendapatkan semua doktor dan kakitangan perubatan yang ada, termasuk pengamal perubatan “tidak diiktiraf”, untuk melawan pandemik Covid-19.

Beliau berkata sudah sampai masanya untuk mendapatkan bantuan mereka susulan lanjutan perintah kawalan pergerakan selama 2 minggu sehingga 14 April yang diumumkan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

“Nampaknya di sebalik usaha sebaik mungkin kerajaan, Kementerian Kesihatan, dan doktor, jururawat, kakitangan perubatan, dan semua petugas barisan depan yang lain, kawalan Covid-19 boleh jadi sukar dikawal dengan bilangan kes jangkitan dan kematian yang meningkat.”

Bilangan kes naik lebih sekali ganda dalam tempoh 7 hari daripada 673 kepada 1,796 sekarang ini, dan 19 kematian.

“Peningkatan itu sebahagiannya kerana ramai orang mengambil mudah dan tidak patuhi perintah kawalan, yang sudah seminggu dikuatkuasakan,” katanya dalam kenyataan semalam.

Beliau berkata Putrajaya harus buat persiapan tambahan dan mengerakkan lebih ramai pekerja kesihatan bagi mengawal Covid-19 dan usaha itu harus melibatkan pengamal perubatan “tidak diiktiraf” dan lain-lain bagi menyokong petugas kesihatan barisan depan yang bekerja terlalu teruk.

Jeffrey berkata negara perlu belajar dari Itali di mana ketidakcukupan menyebabkan hospital tiada pilihan kecuali memilih siapa yang akan dirawat, sementara yang lain dibiarkan.

Itali merakamkan bilangan kematian tertinggi di dunia dengan 6,820 kematian dan 69,176 kes, membanjiri sistem penjagaan kesihatan negara itu.

CATEGORIES
TAGS
Share This

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus ( )