Gereja di Manila ditutup hingga 20 Mac

MANILA,. Kebanyakan gereja di Manila menghentikan perhimpunan besar-besaran bagi mengelakkan penyebaran COVID-19.

Sebaliknya paderi menggalakkan panganut Katolik berhubung menerusi penstriman secara langsung sehingga pintu gereja dibuka semula pada 20 Mac.

Pihak berkuasa dalam pada itu menggantung perjalanan domestik melalui darat, udara dan laut serta melarang perhimpunan besar seperti konsert dan menonton wayang.

Semua agensi dan penjawat awam digantung tugasan selama sebulan dan penutupan sekolah di semua peringkat dilanjutkan.

CATEGORIES
TAGS
Share This

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus ( )