
Golongan wanita diminta manfaatkan hasil bumi, tubuh koperasi berkualiti
TAWAU,. Golongan wanita perlu mengambil peluang bagi menubuhkan koperasi dan menggunakan manfaat hasil bumi bagi menubuhkan koperasi yang berkualiti.
“Contohnya di Sabah, terkenal dengan syurga makanan, koperasi-koperasi perlu menggunakan kesempatan ini untuk mempelbagaikan jenis-jenis perniagaan.
Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MEDAC), Datuk Wira Hajah Mas Ermieyati Hj Samsudin berkata, kita harus melahirkan wanita-wanita yang ‘independent’ dengan mengerakkan menerusi koperasi.
Katanya, di bawah MEDAC, pelbagai inisiatif diwujudkan dan diselia oleh agensi seperti TEKUN dengan program Mobilepreneur 2.0.
Mas Ermieyati berkata demikian semasa Sesi Dialog sempena Program Pengukuhan Koperasi Srikandi Tawau Berhad di sini semalam.
Turut hadir di majlis itu ialah Haji Awang Ruslli Haji Mohamad, Ketua Penolong Pengarah SKM Negeri Sabah, Hajah Maimuna Mahmud, wakil kepada ADUN N.56 Apas Datuk Hj Nizam DSP Abu Bakar Titingan merangkap Ketua Srikandi Bahagian Tawau, dan Nazliah Ali, Pengerusi Koperasi Srikandi Tawau Berhad.
Pada majlis itu beliau turut merakamkan jutaan terima kasih kepada wakil-wakil agensi di bawah MEDAC iaitu Syahrul, Pengurus TEKUN Cawangan Tawau, Pengurus Bank Rakyat Cawangan Tawau Hisham dan wakil SKM Tawau, Khodijah Sunardi, Penolong Pengarah SKM Tawau yang turut menjayakan program berkenaan.
–UTUSAN BORNEO