Hampir semua DUN di Perak mempunyai pusat khidmat

GERIK,. Pakatan Harapan (PH) telah mewujudkan pusat khidmat di hampir semua kawasan termasuk yang tidak diwakili Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) PH, bagi memberikan perkhidmatan kepada rakyat.

Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu berkata hanya sebuah lagi pusat khidmat yang belum diwujudkan iaitu di Pengkalan Baru.

“Saya sedang mengenal pasti calon yang sesuai untuk mengendalikan pusat tersebut dan sekarang ini semua operasi dibuat di pusat khidmat di Pantai Remis,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Pusat Khidmat DUN Temenggor di sini hari ini.

Pusat Penyelaras DUN Temenggor mula beroperasi hari ini dari 9 pagi hingga 6 petang.

Ahmad Faizal berkata dengan pembukaan semua pusat khidmat, PH yakin kerajaan dapat membantu dan memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada rakyat.

Sementara itu, Penyelaras DUN Temenggor, Mohd Fadzil Abdul Aziz berkata pusat itu beroperasi di tingkat atas bangunan dua tingkat di Jalan Toh Syahbandar Muda 2, di sini.

— BERNAMA.

CATEGORIES
TAGS
Share This

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus ( )