Hazani Pengarah KDNKA Bukit Aman berkuat kuasa 6 Sept

Hazani Pengarah KDNKA Bukit Aman berkuat kuasa 6 Sept

KUALA LUMPUR,. Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Hazani Ghazali akan memegang jawatan Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA) Bukit Aman berkuat kuasa 6 Sept.

Beliau adalah antara 64 pegawai kanan Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang terlibat dalam pertukaran jawatan berkuat kuasa tarikh itu.

Supt Komunikasi Korporat PDRM Supt A Skandaguru dalam kenyataan berkata tempat Hazani akan diganti Timbalan Pengarah Pengurusan (Perkhidmatan, Perjawatan) Bahagian Perkhidmatan/Perjawatan, Jabatan Pengurusan Bukit Aman Datuk Idris Abdullah dengan memangku pangkat CP.

Pertukaran lain melibatkan Timbalan Pengarah Risikan/Operasi, Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman Datuk Dev Kumar M M Sree yang dilantik sebagai Timbalan Pengarah JSJ Bukit Aman dengan memangku pangkat CP.

“Turut ditukarkan Timbalan Pengarah Pengurusan (Pentadbiran) Jabatan Pengurusan Bukit Aman Datuk Mat Kasim Karim yang dilantik sebagai Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Bukit Aman dengan memangku pangkat CP,” katanya.

Ketua Penolong Pengarah (D5) Pendakwaan/Undang-Undang JSJ Bukit Aman Datuk Rusdi Mohd Isa akan dilantik sebagai Timbalan Pengarah Siasatan/Perundangan JSJ Bukit Aman dengan memangku pangkat DCP.

Jawatan Rusdi akan digantikan Ketua Polis Daerah Dang Wangi ACP Mohamad Zainal Abdullah dengan memangku pangkat SAC.

Sementara jawatan Mohamad Zainal pula akan diambil alih oleh Penolong Pengarah (D4) Central Criminal Intelligence Unit (CCIU)/Rekod Jenayah, JSJ Bukit Aman, ACP Noor Dellhan Yahaya.

— Bernama

CATEGORIES
TAGS
Share This

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus ( )