Hilang wang simpanan tiada kaitan dengan PADU – Polis

Hilang wang simpanan tiada kaitan dengan PADU – Polis

KUALA TERENGGANU,. Polis hari ini menjelaskan bahawa kehilangan wang dalam akaun bank membabitkan beberapa individu di Dungun adalah disebabkan oleh perbuatan ‘scammer’ atau sindiket penipuan dan tiada kaitan dengan Sistem Pangkalan Data Utama (PADU).

Ketua Polis Terengganu Datuk Mazli Mazlan berkata siasatan awal mendapati terdapat unsur mangsa tertipu dengan ‘phishing’ atau pemancingan maklumat menerusi akaun Tabung Haji dan Bank Islam.

“Anda boleh keluarkan duit di Tabung Haji dan Bank Islam… takut scammer ini berjaya menggunakan kedua-dua pautan ini untuk kelirukan mangsa.

“Jadi bila (mangsa) salah tekan pautan sama ada menerusi Bank Islam atau Tabung Haji, jadi scammer boleh salin kata laluan dan keluarkan duit tanpa disedari mangsa,” katanya ketika dihubungi Bernama malam ini.

Beliau berkata demikian ketika mengulas dakwaan tular menerusi media sosial kononnya beberapa individu di Dungun kehilangan wang simpanan di Bank Islam yang bersangkut paut dengan PADU.

— BERNAMA

CATEGORIES
TAGS
Share This

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus ( )