HONOR Malaysia lancar MagicBook X 16 dan Pad X8

HONOR Malaysia lancar MagicBook X 16 dan Pad X8

KUCHING,. HONOR Malaysia semalam melancarkan dua peranti baharu iaitu HONOR MagicBook X 16 dan HONOR Pad X8.

Sebagai edisi terbaharu siri MagicBook X, MagicBook X 16 menampilkan inovasi canggih dalam paparan, rekaan dan prestasi pada harga RM3,499.

Manakala Pad X8 hadir selepas pelancaran tablet pertama pada Ogos lalu mempunyai paparan 10.1 inci yang memberi keselesaan mata, selain dilengkapkan dengan 4G LTE pada harga berpatutan RM899.

MagicBook X 16 mula dijual pada 18 November, manakala Pad X8 pada 11 November.

HONOR Pad X8 dilengkapi 4G LTE.
MANTAP: HONOR Pad X8 dilengkapi 4G LTE.
Dalam pada itu, MagicBook X 16 ditawarkan dalam warna Mystic Silver untuk versi 8GB + 512GB.

Pembeli akan membawa pulang hadiah percuma bernilai sehingga RM 777 yang terdiri daripada beg galas HONOR, tetikus tanpa wayar dan prapemasangan Microsoft Office Home & Student 2021.

Sementara Pad X8 pula hadir dalam warna Space Grey dengan spesifikasi 4GB + 64GB berserta hadiah percuma sarung lipat Pad X8 yang bernilai sehingga RM99.

MagicBook X 16 didatangi dalam Paparan FullView HONOR 16 inci berserta resolusi 1920×1200 pixel.

Selain itu, MagicBook X 16 boleh menghasilkan warna terang dan imej seakan-akan hidup untuk apa jua kegunaan sama ada pembelajaran, kerja, atau permainan.

Bagi potensi keseluruhannya, MagicBook X 16 menampilkan rekaan penyebaran haba yang canggih, kipas besar, dwi paip haba dan sirip penyejuk 21 peratus lebih besar berbanding terdahulu, untuk menyebarkan haba dengan cepat.

Rekaan tersebut membolehkan proses penyejukan dengan cekap dan tidak mengganggu prestasi komputer riba tanpa mengira penggunaannya.

MagicBook X 16 juga dilengkapi bateri besar 60Wh bagi membolehkan tontonan video 1080P sehingga 12 jam atau 10.5 jam menyiapkan tugasan.

Peranti ini sesuai untuk mereka yang sibuk dengan kerja seharian dan juga mementingkan hiburan.

Seperti biasa, siri MagicBook X tidak akan lengkap tanpa tanda dagang Pensijilan TUV Rheinland Cahaya Biru Rendah (Hardware Solution) dan Pensijilan TUV Rheinland Flicker Free bagi mengurangkan cahaya biru yang memudaratkan, selain memastikan pengalaman menonton tanpa gangguan kelipan.

Sementara itu, Pad X8 pula dilengkapi dengan resolusi 1920×1200 pixel dan 16.7 juta warna, memberikan kejelasan tiada tara untuk pengalaman menonton teater, selain sesuai bagi mereka yang suka meneroka hiburan di seluruh dunia.

Untuk pengalaman audio menakjubkan, Pad X8 menampilkan dua pembesar suara amplitud tinggi yang diletakkan secara simetri di kedua-dua sisi, menjadikan tablet ini mampu mencapai tahap kelantangan lebih tinggi untuk bunyi yang lebih dalam, bass lebih penuh dan lebih enak didengar.

Pad X8 juga dilengkapi versi 4G LTE berserta slot kad SIM, selain mempunyai ciri perlindungan mata untuk keselesaan pengguna bagi penggunaan sepanjang hari.

Untuk maklumat terkini ikuti laman web rasmi HONOR https://www.hihonor.com/my/atau Facebook HONOR Malaysia.

CATEGORIES
TAGS
Share This

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus ( )