Hospital Petra Jaya dijangka siap 2025

Hospital Petra Jaya dijangka siap 2025

KUCHING,. Projek pembinaan Hospital Petra Jaya di sini dijangka siap pada Ogos tahun depan, kata Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad.

Beliau berkata hospital yang pernah dikategorikan sebagai ‘projek sakit’ itu sudah mencapai kemajuan sebanyak 54 peratus setakat ini.

“Setakat ini pencapaian pembinaan sangat baik dan telah siap 90 hari mendahului jadual. Kita anggarkan (siap) Ogos 2025 namun jika prestasi kerja baik mungkin akan siap lebih awal.

“Setelah siap pembinaan nanti, kita memerlukan masa kira-kira tiga ke empat bulan lagi untuk proses memasukkan peralatan-peralatan perubatan ke dalam bangunan,” katanya kepada pemberita selepas mengadakan lawatan ke tapak projek hospital itu, hari ini.

Projek Hospital Petra Jaya yang bermula 2013 dijadualkan siap pada November 2016, namun telah tertangguh berikutan kelewatan pembinaan.

— BERNAMA

CATEGORIES
TAGS
Share This