
Hudson-Odoi ditahan kes rogol
LONDON,. Pemain sayap Chelsea Callum Hudson-Odoi ditahan kerana disyaki merogol selepas menjemput seorang model ke pangsapurinya ketika perintah berkurung.
Hudson-Odoi, 19, ditangkap di tempat kejadian selepas pihak polis dipanggil ke satu alamat di barat daya London pada awal pagi Ahad.
Bintang England itu diikat jamin sehingga bulan depan dan siasatan sedang dijalankan.
Chelsea enggan mengulas berkenaan insiden berkenaan.
Pihak berkuasa berkejar ke rumah bintang Chelsea berusia 19 tahun itu selepas seorang wanita menelefon polis dan ambulans.
Hudson-Odoi, yang sebelum ini positif COVID-19, mengenali wanita itu di media sosial Sabtu lalu dan menjemputnya ke rumah.
Kedua-duanya dikatakan bertukar-tukar mesej dan merancang untuk berseronok di rumah pemain itu.
“Police dan Perkhidmatan Ambulans London dihubungi pada jam 3.53 pagi Ahad 17 Mei berkenaan laporan seorang wanita rasa tidak sihat,” kata Polis Metropolitan.
“Ketika diperiksa petugas ambulans, wanita berkenaan mendakwa dia dirogol. Dia kemudian dibawa ke hospital.
“Seorang lelaki ditahan di tempat kejadian kerana disyaki merogol. Dia kemudian dibebaskan dengan ikat jamin dan perlu kembali pada pertengahan Jun. – AGENSI