Hujan berterusan tahap waspada di Sabah, Sarawak hingga Rabu

Hujan berterusan tahap waspada di Sabah, Sarawak hingga Rabu

KOTA KINABALU,. Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap waspada bagi Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan yang dijangka berlaku hingga Rabu ini.

Keadaan cuaca tersebut di Sabah melibatkan kawasan Pedalaman (Sipitang, Kuala Penyu dan Beaufort), Pantai Barat, Sandakan (Telupid, Kinabatangan, Beluran dan Sandakan), serta Kudat.

Cuaca sama juga dijangka berlaku di Sarawak sehingga esok, membabitkan Miri (Subis, Beluru, Miri dan Marudi) serta Limbang.

MetMalaysia mengeluarkan amaran itu pada 12 tengah hari tadi.

— BERNAMA

CATEGORIES
TAGS
Share This

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus ( )