Hujan, ribut petir diramal di Sabah bermula esok

 

KOTA KINABALU, 17 Sept — Cuaca di Sabah sepanjang tiga hari bermula esok secara keseluruhannya diramalkan hujan dan ribut petir.

Menurut jurucakap Pusat Operasi Cuaca dan Gempa Bumi Sabah, hujan akan berlaku pada sebelah pagi di kawasan Pantai Timur Sabah iaitu di kawasan Tawau dan Sandakan.

“Manakala pada sebelah petang, hujan dijangka berlaku di kawasan Kudat, Pantai Barat termasuk Kota Kinabalu dan pedalaman Sabah,” katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

 

CATEGORIES
Share This