Impian pingat Suresh berkecai, tersingkir awal di Paralimpik Tokyo

Impian pingat Suresh berkecai, tersingkir awal di Paralimpik Tokyo

TOKYO,. Hujan yang turun di Lapangan Memanah Yumenoshima Park menyekat jaguh memanah, S. Suresh daripada melepasi halangan untuk ke pusingan kedua di Sukan Paralimpik Tokyo hari ini.

Atlet daripada Jawatankuasa Paralimpik Rusia Bato Tsydendorzhiev menewaskan Suresh, juara memanah dunia 2019 itu dengan keputusan 6-2 pada pusingan pertama atau peringkat penyingkiran 1/16 itu.

Suresh yang berasal dari Kedah memulakan panahannya dengan goyah apabila tewas pada set pertama 23-25 sebelum kembali bangkit pada set kedua apabila mengatasi lawannya 28-25, untuk mengikat kedudukan 2-2.

Bato kemudian kembali mendahului 4-2 apabila menang pada set ketiga dengan 25-23 dan terus mengekalkan momentumnya untuk memenangi set terakhir 28-23 bagi mengesahkan slot ke peringkat seterusnya.

Bato akan berdepan pemanah India, Harvinder Singh yang menewaskan Stefano Travisani dari Itali, 6-5, petang ini.

– BERNAMA

CATEGORIES
TAGS
Share This

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus ( )