Indonesia bertanding kerusi tidak tetap UNSC bagi penggal 2029-2030

Indonesia bertanding kerusi tidak tetap UNSC bagi penggal 2029-2030

JAKARTA,. Indonesia bertanding untuk kerusi tidak tetap Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNSC) bagi penggal 2029-2030, menurut Menteri Luar Indonesia, Retno Marsudi.

Pencalonan ini mencerminkan komitmen Indonesia untuk menyumbang kepada keamanan dan keselamatan global, lapor Agensi Berita Vietnam (VNA).

Retno menegaskan bahawa keamanan, keadilan dan kemanusiaan sentiasa menjadi teras dasar luar Indonesia, dan komitmennya terhadap keamanan, kemakmuran serta keselamatan bersama akan diteruskan dalam setiap pentadbiranny.

Indonesia sebelum ini pernah menduduki kerusi tidak tetap Majlis Keselamatan PBB pada penggal 1974-1975, 1995-1996, 2007-2008, dan 2019-2020.

— BERNAMA

CATEGORIES
Share This