Indonesia: Jangkitan baharu COVID-19 lepasi angka 11,000 kes

Indonesia: Jangkitan baharu COVID-19 lepasi angka 11,000 kes

Oleh Mohd Shukri Ishak

JAKARTA, 13 Jan — Indonesia mencatatkan jumlah tertinggi jangkitan baharu COVID-19, selepas merekodkan lebih 11,000 kes baharu dalam tempoh 24 jam.

Rekod kematian bagi virus itu juga tertinggi selepas mencatatkan 306 lagi kematian, menjadikan kematian keseluruhan di seluruh republik itu kini 24,951 orang.

Menurut data yang disiarkan di laman rasmi pemerintah Indonesia berkenaan COVID-19, covid19.go.id. hari ini, kes positif baharu COVID-19 bagi tempoh 24 jam itu adalah sebanyak 11,278 kes, menjadikan kes keseluruhan meningkat kepada 858,043 kes.

Provinsi Jakarta kekal provinsi tertinggi jangkitan virus itu iaitu 214,728 kes selepas mencatatkan kes harian tertinggi setakat ini iaitu 3,476 kes baharu.

Provinsi Jawa Timur kekal provinsi tertinggi jumlah kematian keseluruhan iaitu 4,255 kematian, dengan 94 lagi kematian dalam tempoh 24 jam.

— BERNAMA

CATEGORIES
Share This