Ini senarai filem bakal ditayang jika pawagam dibuka semula Julai

Ini senarai filem bakal ditayang jika pawagam dibuka semula Julai

PAWAGAM di Malaysia dijangka mula dibuka pada Julai ini selepas penutupannya sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan hujung Mac lalu.

Memetik laporan The Star, tiga filem antarabangsa yang paling ditunggu-tunggu seperti The Purge 5, Tenet dan Mulan sudah mendapat tarikh tayangannya iaitu pada Julai ini.

Menerusi laman sosial Facebook salah satu pawagam terkenal Golden Screen Cinemas (GSC), pihak mereka sudah mula mengeluarkan bayangan bahawa pawagam akan dibuka semula pada Julai dengan mempromosikan filem terbaru arahan Christopher Nolan berjudul Tenet.

Hasil tinjauan di ruangan komen, rata-rata wargamaya tidak sabar mahu menjejakkan kaki ke pawagam.

Malah, mereka bersedia dengan gaya hidup baru dan meminta pihak pawagam untuk mengikuti langkah-langkah pencegahan COVID-19 seperti mengamalkan penjarakan sosial antara penonton di dalam pawagam serta disinfeksi menyeluruh.

Berikut merupakan tarikh baharu filem antarabangsa yang dijangka keluar pada pertengahan tahun 2020:

Tenet – 16 Julai
Mulan – 23 Julai
Wonder Woman 1984 – 13 Ogos
A Quiet Place 2 – 3 September
The Conjuring: The Devil Made Me Do It – 10 September
The King’s Man – 17 September
Death On The Nile – 8 October
G.I. Joe Snake Eyes – 22 Oktober
Black Widow – 5 November
Godzilla Vs Kong – 19 November
Soul – 19 November
No Time To Die – 26 November
Free Guy – 10 Disember
Dune – 17 Disember
Top Gun Maverick – 24 Disember

CATEGORIES
Share This