Inovasi PKS, sistem IQEEP terajui pentadbiran perpustakaan IPT

Inovasi PKS, sistem IQEEP terajui pentadbiran perpustakaan IPT

KUCHING,. Sistem IQEEP (Stock Taking Check) iaitu produk inovasi Politeknik Kuching Sarawak (PKS) menjadi peneraju kepada sistem pentadbiran perpustakaan institusi pengajian tinggi (IPT) tempatan apabila empat perpustakaan luar menerima dan mengguna pakai sistem tersebut.

Pengarah PKS Hikmatullah Hajid Ahmad Khan berkata, empat perpustakaan yang diserahkan dengan sistem IQEEP baru-baru ini ialah Perpustakaan Kolej Komuniti Kuching, Perpustakaan Institut Latihan Kementerian Kesihatan Malaysia Kuching Sarawak, Perpustakaan Desa RPR Taman Palma Indah dan Perpustakaan Desa Hajah Sena Bugo Kampung Sungai Bedil Besar.

Katanya, objektif penyerahan sistem IQEEP ialah untuk berkongsi ilmu dan kepakaran serta membantu sesebuah perpustakaan terutama perpustakaan kecil dalam mengurus ‘stock take checking.’

“PKS sentiasa menggalakkan penglibatan kakitangannya dalam pembangunan inovasi sebagai satu usaha untuk memartabatkan imej PKS sebagai institusi TVET yang unggul di negeri ini, di samping dapat menyumbang kepada manfaat komuniti atau industri,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Pada masa sama, menjadi harapan beliau agar akan lebih banyak inovasi dihasil dan dikembangkan oleh warga PKS pada masa akan datang.

IQEEP atau ‘Innovation, Quick & Reliable, Efficient Data Conditioning, Easy to use dan Portable Devices’ merupakan satu sistem yang telah dibangunkan oleh Unit Perpustakaan PKS bagi tujuan pengiraan jumlah stok atau koleksi dan pengesanannya di Perpustakaan Sri Kenyalang PKS.

IQEEP membantu untuk mengira jumlah koleksi secara pantas dan mengesan status sesebuah buku sama ada sedang dipinjam atau tidak dapat dikesan dan telah didaftarkan di Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO) pada 2021.

CATEGORIES
TAGS
Share This