Inter mahu pulangkan Sanchez

MILAN,. Inter Milan dilaporkan menolak peluang untuk menandatangani Alexis Sanchez secara tetap dengan penyerang Chile itu dijangka kembali ke Manchester United.

Sanchez dipinjamkan ke kelab Serie A itu sehingga akhir musim ini tetapi dia gagal memberikan impak bersama Inter.

Sepanjang berada di Milan, pemain 31 tahun itu dibelenggu kecederaan, dan kini bukan pilihan utama pengendali Nerrazurri, Antonio Conte.

Inter mempunyai pilihan untuk membeli Sanchez akhir musim ini tetapi menurut laporan media Itali, Conte memutuskan untuk tidak memulangkannya ke Old Trafford.

Sekiranya kembali bersama United, kelab Liga Perdana Inggeris itu terpaksa menanggung gaji 400,000 pound (RM2.14 juta) seminggu pemain itu.

Red Devils sebelum ini berharap dapat menjual bekas bintang Arsenal itu, tetapi dikecewakan Inter yang perlu menambah sejumlah wang lagi jika ingin menjadikan Sanchez pemain tetap di San Siro. – AGENSI

CATEGORIES
TAGS
Share This

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus ( )