Inti pati laporan audit 1MDB Najib minggu ini

KUALA LUMPUR,. “Datuk Seri Najib Tun Razak telah meminta saya agar tidak memasukkan dua versi kenyataan kewangan 1 Malaysia Development Berhad (1MDB) dalam Laporan Akhir Pengauditan,” kata bekas Ketua Audit Negara, Tan Sri Ambrin Buang.

Ini antara inti pati perbicaraan bekas Perdana Menteri yang didakwa menggunakan kedudukannya untuk mengarahkan pindaan pada Laporan Akhir Pengauditan 1MDB bersama-sama bekas Ketua Pegawai Eksekutif 1MDB Arul Kanda Kandasamy di Mahkamah Tinggi minggu ini.

Ambrin, 70, yang juga satu-satunya saksi pendakwaan yang disoal minggu ini memberitahu mahkamah bahawa Najib membuat permintaan itu selepas dia (Ambrin) membangkitkan isu dua versi berbeza dokumen bagi tahun kewangan yang berakhir 31 Mac, 2014 pada satu mesyuarat di pejabat Najib pada Februari 2016.

Saksi pendakwaan keenam itu berkata, beliau melihat permintaan Najib sebagai Perdana Menteri itu sesuatu yang hendaklah dilaksanakan tanpa sebarang prajudis.

Ambrin selanjutnya berkata, meskipun implikasi daripada menggugurkan fakta daripada laporan pengauditan 1MDB itu amat serius tetapi beliau bersetuju untuk melakukan pindaan itu selepas ahli Parlimen Pekan itu berjanji beliau akan menyiasat ‘hingga ke akar umbi’ perkara ini dengan secepat mungkin.

— BERNAMA

CATEGORIES
TAGS
Share This

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus ( )