Iran tidak teragak-agak untuk serang semula Amerika Syarikat

IRAN,. Iran tidak akan teragak-agak untuk menyerang semula Amerika Syarikat (AS) jika perlu, seperti yang pernah dilakukan sebelum ini.

Ketua Agensi Tenaga Nuklear Iran, Ali Akbar Salehi menuduh AS mengancam nyawa penduduk Asia Barat.

Beliau turut mengutuk tindakan AS yang bertindak membunuh Komander Iran, Qassem Soleimani.

Pada masa sama, Ali Akbar menyalahkan kerajaan AS bagi situasi semasa dan memberi amaran kepada kerajaan AS dan Israel terhadap serangan balas daripada pihak Iran.
Beliau berkata demikian sewaktu menghadiri satu Mesyuarat Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA) di Vienna, Austria pada Isnin.

CATEGORIES
TAGS
Share This

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus ( )