Ismail Sabri dilantik Perdana Menteri Kesembilan
KUALA LUMPUR,. Naib Presiden UMNO Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, hari ini dilantik sebagai Perdana Menteri Kesembilan.
Menurut kenyataan yang dikeluarkan Istana Negara, pelantikan itu diperkenan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.
Ismail Sabri, 61, yang sebelum ini timbalan perdana menteri dilantik ke jawatan itu berikutan Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan peletakan jawatan perdana menteri pada 16 Ogos, setelah kehilangan sokongan majoriti Ahli Dewan Rakyat.
— BERNAMA