Israel bom Damsyik, tujuh maut termasuk 4 rakyat Iran
ANKARA,. Tujuh termasuk empat pegawai Iran terbunuh selepas Israel mengebom ibu negara Syria, Damsyik, lapor agensi berita Anadolu.
Serangan bermula pada Khamis malam sehingga Jumaat.
Menurut Pemantau Hak Asasi Manusia Syria (SOHR) yang berpangkalan di London, memetik sumber tempatan, kejadian itu meragut nyawa tiga anggota rejim Syria, termasuk dua pegawai dan empat rakyat Iran.
Peluru berpandu Israel itu menyasarkan kawasan Lapangan Terbang Antarabangsa Damsyik.
Serangan dipercayai berlaku selepas pesawat kargo mendarat ke lokasi yang menjadi sasaran.Tidak dapat dipastikan “sama ada pesawat itu tiba dari Iran atau dari kawasan lain di wilayah Syria.”
Setakat ini, tiada sebarang pengesahan rasmi oleh pegawai Israel berhubung serangan itu.
— BERNAMA