Isteri penyanyi Iron Maiden dijumpai mati dalam ‘insiden tragik’

Isteri penyanyi Iron Maiden dijumpai mati dalam ‘insiden tragik’

LONDON,. Isteri kepada penyanyi kumpulan heavy metal terkemuka dunia Iron Maiden meninggal dunia dalam satu insiden tragik pada pagi Isnin.

Paddy Bowden, isteri kepada Bruce Dickinson, dijumpai mati di kediaman yang pernah didiami pasangan itu yang terletak di Chiswick, barat London, sekitar jam 10 pagi, lapor portal standard.co.uk.

“Ini tragedi dahsyat yang nampak seperti satu insiden tragik.

“Anak-anak kami Austin, Griffin dan Kia sangat berduka cita.

“Kami tidak akan membuat sebarang kenyataan dalam keadaan yang amat sukar dan mendukacitakan kami sekeluarga ini sebagai menghormati mendiang Paddy,” kata Dickinson dalam satu kenyataan.

Jurucakap Perkhidmatan Ambulans London berkata pihaknya bergegas ke lokasi setelah menerima laporan kejadian pada pagi Isnin.

“Dua kru ambulans dihantar ke lokasi dan tiba dua minit kemudian.

“Malangnya, mangsa telah meninggal dunia.”

Dickinson dan Bowden berkahwin pada tahun 1990 selepas menjalani hubungan selama dua tahu.

Pasangan ini bagaimanapun dipercayai berpisah pada tahun 2018.

Difahamkan Dickinson, 61, kini tinggal bersama teman wanita Liana Dolci di Paris.

Mendiang Bowden meninggalkan tiga anak yang berusia sekitar 20-an.

Tiada maklumat lanjut dikeluarkan tentang kematian mendiang setakat ini.

Iron Maiden ditubuhkan di timur London pada 1975 dan menjadi antara kugiran heavy metal tersohor dunia dengan jualan album melebihi 100 juta di

seluruh dunia.

–ASTRO AWANI

CATEGORIES
TAGS
Share This