Isu ambil alih Pelabuhan Bintulu dibincang dalam mesyuarat MA63 Julai ini – Fadillah

Isu ambil alih Pelabuhan Bintulu dibincang dalam mesyuarat MA63 Julai ini – Fadillah

KUCHING,. Perbincangan bagi menyelaraskan isu berkaitan hasrat Sarawak untuk mengambil alih Pelabuhan Bintulu daripada kerajaan Persekutuan akan diperincikan dalam mesyuarat Jawatankuasa Teknikal Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) pada awal Julai ini, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof.

Fadillah yang juga Pengerusi Jawatankuasa Teknikal MA63 berkata inti pati taklimat mengenai perancangan untuk menukar status pelabuhan itu oleh Timbalan Premier Sarawak merangkap Menteri Infrastruktur dan Pembangunan Pelabuhan negeri, Datuk Amar Douglas Uggah Embas yang diadakan semalam juga akan diusulkan dalam mesyuarat itu.

“Hasrat Sarawak supaya pelabuhan itu dijadikan ‘single entity’.

“Jadi, saya akan bawa (inti pati) taklimat (oleh Uggah) semalam dan akan memanggil jawatankuasa untuk bermesyuarat serta mendapat panduan arah daripada Perdana Menteri.

“Mesyuarat akan diadakan pada minggu pertama atau kedua Julai ini.

“Isu pengambilalihan pelabuhan ini dikemukakan kepada Menteri Pengangkutan (Anthony Loke) tetapi belum ada mesyuarat dilakukan berkaitan perkara tersebut jadi saya sebagai Pengerusi Jawatankuasa Teknikal MA63 akan mengadakan mesyuarat bagi selaraskan hasrat kerajaan Sarawak,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan ‘MyKasih Love My Neighbourhood’ bagi Parlimen Petra Jaya di sini, pada Sabtu.

Sebelum ini, media melaporkan permintaan Sarawak untuk mengambil alih Pelabuhan Bintulu bertujuan menjadikannya sebahagian daripada kluster pelabuhan negeri yang akan dikawal selia oleh pihak berkuasa pelabuhan pusat.

Beliau berkata penukaran status pelabuhan untuk dikembalikan kepada Sarawak adalah bersesuaian dengan perkara yang terkandung dalam Perlembagaan Persekutuan dan Perlembagaan Sarawak yangmeletakkan pelabuhan di bawah bidang kuasa kerajaan negeri.

lama lima hari ke Kenya dari 3 hingga 7 Julai memandangkan negara itu menjadi antara pintu masuk Malaysia untuk mengembangkan pengeksportan minyak sawit ke benua Afrika.

“Kenya berpotensi menjadi titik kemasukan sebab berdekatan negara itu ialah Tanzania dan sebagainya. Jika lihat pada 2022 eksport minyak sawit ke Kenya adalah 1.2 juta tan, satu jumlah yang agak besar,” katanya.

— BERNAMA

CATEGORIES
TAGS
Share This