Isu Brexit: PM Britain buat persiapan rapi untuk ke Brussels dalam usaha dapatkan perjanjian

LONDON,. Perdana Menteri Britain Boris Johnson mengesahkan pada Jumaat bahawa beliau akan mengadakan satu mesyuarat penting di Brussels pada Isnin dalam usaha terkini beliau untuk mendapatkan perjanjian dalam isu Brexit, lapor agensi berita China Xinhua.

Semasa berkunjung ke Yorkshire pada Jumaat, Johnson berkata dalam satu ucaptama bahawa beliau akan bertemu ketua perunding Brexit bagi Kesatuan Eropah (EU) Michel Barnier dan Presiden Suruhanjaya Eropah Jean-Claude Juncker pada Isnin.

“Kami akan berbincang mengenai idea yang telah kami usahakan dan kami akan lihat hasilnya. Saya akan katakan bahawa saya kini mengambil sikap berhati-hati namun optimistik,” katanya sambil menambah bahawa Britain akan meninggalkan EU menjelang tarikh akhir 31 Okt walau apapun yang berlaku.

— BERNAMA

CATEGORIES
TAGS
Share This

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus ( )