Itali akan sumbang 30 juta lagi vaksin COVID-19 kepada negara miskin

Itali akan sumbang 30 juta lagi vaksin COVID-19 kepada negara miskin

ROM,. Itali akan menyumbang 30 juta dos vaksin COVID-19 kepada negara berpendapatan rendah, selain 15 juta dos yang diumum Mei lalu, kata Perdana Menteri Mario Draghi pada Rabu.

“Pada Sidang Kemuncak Kesihatan Global, Itali berikrar menyumbang 15 juta dos menjelang akhir tahun ini, terutama melalui COVAX, hampir separuh sudah diedarkan.

“Dan hari ini saya berbesar hati mengumumkan kami bersedia melipatgandakan usaha kami dengan menyumbangkan 30 juta lagi dos tambahan pada akhir tahun ini, menjadikan jumlahnya 45 juta,” kata Draghi lapor Sputnik.

Selain itu Draghi berkata, Bank Dunia dan Pertubuhan Kesihatan Sedunia serta pengantara kewangan lain harus terlibat dalam kempen vaksinasi global untuk memastikan proses pengeluaran dan pengangkutan vaksin.

Vaksin yang digunakan di Itali termasuk Pfizer, Moderna, Janssen, dan AstraZeneca. Hampir 41,500,000 penduduk negara ini sudah lengkap divaksin mewakili lebih dua pertiga populasi.

— BERNAMA

CATEGORIES
TAGS
Share This

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus ( )