Jentera Warisan Jejaki Mereka Yang Memerlukan

KOTA KINABALU,. Jentera Parti Warisan Sabah (Warisan) meneruskan usaha menjejaki golongan yang memerlukan di Tuaran dan Kota Marudu.

Menyedari ramai insan yang terjejas akibat lanjutan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), Ketua Wira Warisan Bahagian Kota Kinabalu, Loo Thong Loong @ Max Loo tampil membantu mengagihkan sumbangan bantuan makanan ke beberapa buah kampung di kedua-dua daerah berkenaan.

Inisiatif itu dilakukan bersama Timbalan Ketua Wira Sabah, Mohd Ismail Ayub dan Wira-Wira Bahagian.

Sebanyak 80 bungkusan makanan diagihkan kepada setiap keluarga di Kampung Tambalang Laut, Tuaran dan 80 lagi untuk penerima di Kampung Bintasan dan Kampung Tagaroh, Kota Marudu.

Agihan sumbangan itu merupakan salah satu program Wira Warisan Sabah bagi menjejaki penerima bantuan yang berada jauh di pedalaman yang sukar untuk keluar mengambil bantuan.

Max berharap bantuan itu dapat meringankan sedikit bebanan penduduk-penduduk kampung kerana terpaksa berdiam di rumah demi mematuhi arahan PKP bagi mengelak penularan wabak Covid19. –BORNEOTODAY

CATEGORIES
TAGS
Share This

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus ( )