Jerebu: 809 sekolah di Sarawak ditutup hari ini – JPN

Jerebu: 809 sekolah di Sarawak ditutup hari ini – JPN

KUCHING,. Sebanyak 809 sekolah di 17 daerah di Sarawak di tutup hari ini akibat jerebu, tambahan sebanyak lapan lagi daerah berbanding semalam.

Jabatan Pendidikan Negeri dalam kenyataan berkata ia melibatkan 104 sekolah menengah dan 705 sekolah rendah dengan seramai 252,237 pelajar terlibat.

Selain Betong, Bau, Kuching, Lubok Antu, Padawan, Samarahan, Sri Aman, Lundu, dan Kanowit semalam, daerah baharu yang mana sekolah ditutup hari ini ialah Saratok, Simunjan, Kanowit, Maradong, Sibu, Sarikei, Julau, dan Daro.

Setakat 6 pagi tadi, lima daerah di sini mencatatkan kualiti udara semakin teruk dengan masing-masing berada pada tahap bacaan IPU sangat tidak sihat.

Ini termasuk Kuching dengan bacaan IPU 269, Samarahan (229), Sibu (231), Sarikei (221) dan Sri Aman (207).

Lima lagi daerah merekodkan bacaan IPU tidak sihat iaitu Bintulu (145), Mukah (190), Miri (114), ILP Miri (106) dan Samalaju (127).

Menurut Ketua Sekretariat JPBN, Mejar Ismail Mahedin sebanyak 17 titik panas dikesan di negeri ini iaitu dua di Betong, Sri Aman (2), Belaga (1), Julau (1), Marudi (5), Pakan (1), Song (2) dan Tatau (3).

Bacaan IPU antara 0 dan 50 dikategorikan baik, 51 hingga 100 (sederhana), 101 hingga 200 (tidak sihat), 201 hingga 300 (sangat tidak sihat) manakala 300 ke atas berbahaya.

— BERNAMA

CATEGORIES
TAGS
Share This

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus ( )