
JHS, SEB bekerjasama dalam usaha pemulihan melalui program penanaman pokok
KUCHING: Jabatan Hutan Sarawak (JHS) sekali lagi bekerjasama dengan Sarawak Energy Berhad (SEB) dalam usaha pemulihan melalui program penanaman pokok di Hutan Simpan Sabal semalam.
Melalui inisiatif bersama ini, sebanyak 1,032 anak pokok spesies asli bernilai tinggi seperti meranti dan selangan telah ditanam disertai seramai 150 kakitangan Sarawak Energy serta kakitangan JHS dan masyarakat setempat.
Program penanaman itu dijalankan selari dengan ‘Kempen Penanaman, Perlindungan dan Pemuliharaan Habitat Bersepadu 10 Tahun’ peringkat korporat SEB (2021-2030) yang menyokong Kempen Menghijaukan Sarawak Jabatan Hutan Sarawak.
“Walaupun acara penanaman pokok hari ini menyumbang kepada jumlah kumulatif pokok yang ditanam di Sarawak di bawah ‘Agenda Penghijauan Malaysia Melalui Kempen Penanaman 100 Juta Pokok’ (2021-2025), sebab yang lebih penting usaha ini adalah ia sejajar dengan percubaan JHS untuk memerangi perubahan iklim, yang telah muncul sebagai salah satu masalah terbesar yang dihadapi manusia masa kini.
“Sebagai barisan hadapan Kempen Menghijaukan Sarawak, JHS berbesar hati untuk membawa seberapa ramai peserta daripada pelbagai agensi, industri, NGO dan masyarakat setempat bersama-sama memelihara alam sekitar,” kata Penolong Pengarah JHS Zarina Shebli dalam ucapan perasmian.
Usaha kerjasama ini juga mempamerkan komitmen Sarawak Energy terhadap pemuliharaan alam sekitar dan peningkatan habitat semula jadi kita.
Ketua Pegawai Operasi Kumpulan Sarawak Energy James Ung dalam ucapannya turut melahirkan rasa terima kasih kepada JHS atas kerjasama mereka dalam merealisasikan kempen ini.
-Agensi