Jualan kraf di Sabah dan Sarawak bantu negara lepasi sasaran RM200 juta – Nancy

Jualan kraf di Sabah dan Sarawak bantu negara lepasi sasaran RM200 juta – Nancy

KUCHING,. Jumlah pencapaian nilai jualan kraf bagi Sabah dan Sarawak telah menyumbang kepada prestasi jualan keseluruhan negara yang bernilai RM211 juta tahun ini, sekali gus melepasi sasaran RM200 juta yang ditetapkan Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC).

Menterinya, Datuk Seri Nancy Shukri, berkata nilai jualan kraf di kedua-dua negeri itu setakat 30 Sept lepas telah meningkat 19 peratus berbanding tempoh yang sama pada 2021, dengan Sabah dan Sarawak masing-masingnya mencatatkan nilai jualan kraf RM15.8 juta dan RM14.9 juta.

“Nilai jualan kraf yang dijana bagi kedua-dua negeri ini menunjukkan pencapaian sebanyak RM30.7 juta iaitu peningkatan 19 peratus untuk tempoh yang sama bagi tahun sebelumnya iaitu sebanyak RM25.7 juta,” katanya ketika berucap di Malam Gala sempena Festival Kraf Tekstil Borneo (FKTB) 2022, di sini, malam tadi.

Ucapannya dibacakan oleh Ketua Setiausaha MOTAC, Datuk Saraya Arbi.

Menurutnya penganjuran FKTB bersempena ‘Kuching Waterfront Festival’ yang diadakan dari 28 Okt hingga 6 Nov, dengan penglibatan 120 usahawan kraf dari Sarawak dan Sabah.
Festival itu turut menawarkan pelbagai aktiviti menarik seperti jualan kraf, pameran produk kraf, pameran kempen ‘Ini Batik Malaysia’, demonstrasi kraf dan interatif kraf.

— BERNAMA

CATEGORIES
TAGS
Share This

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus ( )