Jumlah jangkitan COVID-19 melebihi 1.9 juta

Jumlah jangkitan COVID-19 melebihi 1.9 juta

ANKARA,. Jumlah jangkitan akibat pandemik COVID-19 di seluruh dunia, dilaporkan melebihi 1.9 juta.

Angka itu berdasarkan laporan Universiti John Hopkins yang menunjukkan jumlah kematian mencecah 118,459 kes manakala seramai 446,002 pesakit dilaporkan pulih di seluruh dunia.

Laporan itu turut menunjukkan sebanyak 1,904,566 kes dicatatkan di seluruh dunia, dengan jumlah tertinggi berlaku di Syarikat sebanyak 572,000 jangkitan.

Negara itu juga mempunyai jumlah kematian tertinggi melebihi 23,000, sekali gus menjadikannya pusat utama jangkitan COVID-19.

Pada masa yang sama, Itali mencatatkan jumlah kematian kedua tertinggi dengan 20,465 kes, diikuti Sepanyol sebagai negara kedua dengan kes tertinggi iaitu 169,496 jangkitan.

China yang pada awalnya menjadi pusat penyebaran virus, dilaporkan berdepan 3,345 kematian dengan 83,200 kes.

Bagaimanapun, laporan Hopkins menunjukkan jumlah kematian harian di China kekal pada angka satu digit dan mencatatkan angka pemulihan paling banyak melebihi 78,000 pesakit.

Keseluruhannya, virus itu sudah merebak ke 185 negara sejak kemunculannya di China pada Disember lalu.

Walaupun jumlah jangkitan masih meningkat, namun kebanyakan pesakit yang dijangkiti, mengalami simptom ringan sebelum pulih sepenuhnya. – AFP

CATEGORIES
TAGS
Share This