Jumlah mangsa banjir menyusut, lebih banyak lagi PPS ditutup

Jumlah mangsa banjir menyusut, lebih banyak lagi PPS ditutup

JOHOR BAHRU,. Jumlah mangsa banjir di Johor semakin menurun dengan lebih banyak pusat pemindahan sementara (PPS) ditutup berikutan ramai mangsa pulang ke kediaman masing-masing.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar negeri R.Vidyananthan berkata jumlah mangsa banjir setakat 8 malam ini ialah 575 orang daripada 143 keluarga berbanding 640 orang daripada 161 keluarga pada pukul 4 petang tadi.

Enam PPS, satu di Daerah Muar, satu di Kulai dan empat di Pontian telah ditutup secara berperingkat sejak 2.30 petang hingga 5 petang tadi.

“Daerah Muar masih mempunyai jumlah mangsa banjir yang tertinggi iaitu seramai 216 orang daripada 59 keluarga, diikuti Pontian dengan 173 mangsa daripada 37 keluarga sementara Batu Pahat dengan 186 orang daripada 47 keluarga,” menurut beliau dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Setakat ini, sebanyak 11 PPS masih dibuka di tiga daerah berkenaan.

— BERNAMA

CATEGORIES
TAGS
Share This