Jumlah pesawat dijangka naik berganda menjelang 2038 – Airbus

KUALA LUMPUR,. Armada pesawat penumpang dan kargo dijangka bertambah lebih daripada dua kali ganda kepada hampir 48,000 buah menjelang 2038 berbanding 23,000 pesawat sekarang ini dengan jumlah trafik naik sebanyak 4.3 peratus setiap tahun, menurut Airbus.

Pengeluar pesawat itu dalam Unjuran Pasaran Global 2019-2039 terkininya menjelaskan kenaikan itu akan menyebabkan keperluan bagi mengupah 550,000 juruterbang dan 640,000 juruteknik baharu.

“Pertumbuhan tahunan sebanyak empat peratus mencerminkan sifat berdaya tahan industri penerbangan yang mampu menangani kejutan ekonomi jangka pendek serta ketidakstabilan geopolitik.

“Ekonomi berkembang melalui pengangkutan udara. Manusia dan barangan perlu dihubungkan,” kata Ketua Pegawai Komersil Airbus dan Ketua Airbus International, Christian Scherer dalam satu kenyataan hari ini.

Di peringkat global, penerbangan komersial merangsang pertumbuhan KDNK dan menyokong 65 juta kehidupan, mencerminkan manfaat yang sangat besar, yang dibawa oleh perniagaan itu kepada masyarakat dan perdagangan antarabangsa.

Syarikat Peranchis itu berkata perkembangan dalam kecekapan bahan api yang tinggi akan mendorong permintaan untuk menggantikan pesawat lama yang kurang efisien

Dengan memperkenalkan pesawat yang lebih cekap bahan api seperti A220, A320neo Family, A330neo dan A350, Airbus percaya sedikit sebanyak ia akan menyumbang kepada pengurangan pelepasan karbon dalam industri penerbangan termasuk objektif pertumbuhan neutral karbon mulai 2020 sambil menghubungkan lebih banyak orang di seluruh dunia.

— BERNAMA

CATEGORIES
TAGS
Share This

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus ( )