Jumlah terkini kes COVID-19 di Malaysia dan beberapa negara

Jumlah terkini kes COVID-19 di Malaysia dan beberapa negara

KUALA LUMPUR,. Berikut adalah maklumat terkini mengenai COVID-19 di Malaysia dan beberapa negara dunia setakat 10 pagi.

Data John Hopkins Coronavirus Resource Center menunjukkan terdapat 183,729,671 kes COVID-19 dan 3,975,948 kematian.

Sejumlah 3,190,517,708 dos vaksin telah diberikan di seluruh dunia setakat ini.

Amerika Syarikat (AS), India dan Brazil kekal negara teratas dengan jumlah kes positif dan kematian tertinggi. Bagaimanapun, AS, United Kingdom (UK) serta beberapa negara lain melaporkan penurunan dalam kes dan kematian baharu seiring peningkatan jumlah vaksinasi.

Indonesia mencatat peningkatan jumlah kes baharu dan berusaha meningkatkan program vaksinasi.

Jadual di bawah menunjukkan status beberapa negara ASEAN termasuk Malaysia setakat 10 pagi, ketika wabak masih menular dan proses vaksinasi rancak dilaksanakan.

Jumlah itu berdasarkan data WHO, negara ASEAN, Our World in Data dan John Hopkins Coronavirus Resource Center.

— Bernama

CATEGORIES
TAGS
Share This

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus (0 )