Kabinet Thailand teliti kajian impak CPTPP

Kabinet Thailand teliti kajian impak CPTPP

BANGKOK,. Kabinet Thailand akan meneliti kajian impak ke atas Perjanjian Komprehensif dan Progresif bagi Perkongsian Trans-Pasifik (CPTPP) sebelum memutuskan sama ada untuk memperbaharui perjanjian perdagangan itu.

Ketua Pengarah Jabatan Perundingan Perdagangan Thailand, Auramon Supthaweethum berkata jabatan itu telah mengemukakan kajian impak ke atas CPTPP kepada Jawatankuasa Dasar Ekonomi Antarabangsa yang dipengerusikan oleh Timbalan Perdana Menteri Somkid Jatusripitak.
“Kementerian Perdagangan akan membentangkan laporan kajian kepada kabinet (untuk penelitian) sebelum April.

“Jika diluluskan (untuk ratifikasi) oleh kabinet, kami akan menubuhkan satu pasukan rundingan,” katanya kepada pemberita di Bangkok pada Khamis.
CPTPP telah dinamakan semula daripada Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA) selepas Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump menandatangani suatu perintah untuk menarik diri daripada perjanjian itu pada Januari 2017.

CPTPP telah dimulakan sejak 3 Disember 2018 di Australia, Kanada, Jepun, Mexico, New Zealand, Singapura dan Vietnam.

Sekarang ini, hanya Brunei, Chile, Peru dan Malaysia sahaja, yang belum memperbaharui perjanjian perdagangan itu.

CPTPP adalah perjanjian perdagangan yang mempunyai potensi akses kepada rantau yang mengandungi lebih 500 juta pengguna dengan gabungan Keluaran Dalam Negara Kasar sebanyak US$10 trilion.

— BERNAMA

CATEGORIES
TAGS
Share This

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus ( )