Kadar jangka pendek kekal stabil dengan campur tangan BNM

Kadar jangka pendek kekal stabil dengan campur tangan BNM

KUALA LUMPUR,. Kadar jangka pendek diunjur kekal stabil hari ini berikutan operasi Bank Negara Malaysia (BNM) untuk menyerap lebihan mudah tunai daripada sistem kewangan.

Mudah tunai dianggarkan RM52.33 bilion dalam sistem konvensional dan RM29.05 bilion dalam dana Islam.

Hari ini, bank pusat akan menjalankan tender lelongan julat tempoh matang bernilai RM5 bilion selama empat hingga 32 hari, tender lelongan julat tempoh matang Islam RM3 bilion untuk jangka masa tujuh hingga 32 hari serta tender repo berbalik RM1.2 bilion selama 14 hari.

Ia turut mengumumkan ketersediaan repo berbalik, perjanjian jual dan beli semula serta kemudahan Murabahah komoditi bercagar untuk tempoh satu hingga tiga bulan.

Pada jam 4 petang, BNM akan melaksanakan sehingga RM47.5 bilion tender semalaman konvensional dan RM25.0 bilion untuk tender semalaman Murabahah.

— BERNAMA

CATEGORIES
TAGS
Share This