Kakak suspek tikaman di UK buat permohonan maaf
READING,. Kakak kepada suspek yang terlibat dalam kes tikam di Reading, United Kingdom minggu lalu memohon maaf kepada keluarga mangsa.
Bercakap kepada media tempatan, Sky News, malam sebelum kejadian, suspek yang dikenal pasti sebagai Khairi Saadallah ada bercakap dengan kakaknya.
Suspek dikatakan kedengaran dalam nada sedih.
Bagaimanapun, kakaknya tidak mendedahkan identiti dirinya semasa membuat permohonan maaf tersebut.
Sabtu lalu, suspek menikam hingga mati tiga mangsa dan mencederakan tiga yang lain.
Polis tempatan menyiasat kes tersebut sebagai satu insiden keganasan.
BACA: Tiga maut di England dalam insiden tikam, polis sifatkan serangan pengganas
Pada Isnin, penduduk tempatan memberikan penghormatan terakhir kepada mangsa tikaman di Forbury Gardens yang turut melibatkan seorang guru sejarah, James Furlong dan rakannya, warga Amerika, Joe Ritchie-Bennett.
–AWANI