Keahlian ADUN WARISAN Sokong Musa Terhenti Serta Merta

KOTA KINABALU,. Semua ahli Parti Warisan Sabah (WARISAN) yang meninggalkan parti untuk menyertai bekas Ketua Menteri Sabah, Tan Sri Musa Aman, terhenti serta-merta tanpa dikenakan sebarang tindakan disiplin.

Setiausaha Agung, Loretto Padua, berkata tindakan itu perlembagaan parti di mana keahlian mana-mana Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) gugur secara automatik apabila menyertai organisasi politik lain.

“Dalam hal ini mereka dianggap bergabung dengan Musa dan komplot beliau untuk menggulingkan pentadbiran kerajaan WARISAN Plus.

“Mereka dilihat di kediaman Musa dan tiada seorang daripada mereka yang menafikan pembabitan masing-masing,” katanya.

Loretto berkata, berdasarkan Artikel 3.3 Perlembagaan WARISAN, keahlian ahli parti itu terhenti dengan serta-merta apabila bergabung atau menjadi anggota parti politik lain di negara ini.

“WARISAN tidak berniat untuk mengambil semula mereka dan mendoakan yang terbaik untuk mereka di masa hadapan,” katanya.

Sebelum ini, media melaporkan Musa mendakwa memperoleh majoriti mudah bagi membentuk kerajaan negeri yang baharu.

Antara ADUN WARISAN yang dilihat bersamanya dalam gerakan itu adalah Datuk Hamisah Samad (Tanjung Batu), Datuk Osman Jamal (Balung), Datuk Bolkiah Ismail (Pitas), Datuk Masiung Banah (Kuamut) dan Datuk Muis Picho (Sebatik). – BH Online

CATEGORIES
TAGS
Share This

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus ( )