Kejohanan Asia: Eain Yow layak ke suku akhir dengan mudah

Kejohanan Asia: Eain Yow layak ke suku akhir dengan mudah

KUALA LUMPUR,. Pemain skuasy lelaki utama negara Ng Eain Yow, tidak berhadapan sebarang masalah memulakan cabarannya di Kejohanan Individu Asia 2021, apabila dengan mudah menewaskan pemain tuan rumah Frahan Zaman di Islamabad, Pakistan, semalam.

Pemain pilihan utama kejohanan yang mendapat ‘bye’ pada pusingan pembukaan, hanya mengambil masa 17 minit untuk mengalahkan Farhan 11-4,11-4 dan 11-8, untuk menempah tempat ke suku akhir dan akan berhadapan seorang lagi pemain negara Mohammad Syafiq Mohd Kamal.

Terdahulu Mohammad Syaafiq berhadapan perlawanan sengit selama 72 minit sebelum menang ke atas seorang lagi pemain tuan rumah Muhammad Asim Kham, 11-13, 11-6, 3-11, 11-5, 11-5.

Seorang lagi pemain Malaysia, Ivan Yuen juga layak ke suku akhir selepas beliau mengalahkan Lee Ho Yin dari Hong Kong, 11-8, 7-11, 11-6, 11-7.

Esok Ivan akan berhadapan seorang lagi pemain Hong Kong yang menewaskan seorang lagi pemain Malaysia Addeen Idrakie, 11-5, 11-9, 11-2.

Kategori wanita pula menyaksikan pemain nombor 39 dunia Rachel Arnold, mencatatkan kemenangan ke atas pemain tuan rumah Noor UI Ain Ejaz, 11-3, 11-2, 11-2, dan akan bertemu Chan Sin Yuk dari Hong Kong selepas beliau menewaskan seorang lagi pemain Pakistan, 11-2, 11-1, 11-1.

Sementara pemain pilihan ketujuh kejohanan Chan Yiwei dengan mudah layak ke suku akhir dengan mengalahkan seorang lain pemain Pakistan Komal Khan, 11-5, 11-1, 11-1 dan akan berhadapan pemain pilihan ketiga Ho Tze Lok, selepas pemain Hong Kong itu menewaskan pemain Sri Langka Yeheni Kuruppu, 11-2, 11-0, 11-2.

— BERNAMA

CATEGORIES
TAGS
Share This