
Kelantan rafak sembah tahniah kepada Agong
KOTA BHARU,. Kerajaan negeri Kelantan merafak sembah tahniah kepada Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah sempena Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Seri Paduka, esok.
Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob berkata semoga Allah SWT memimpin Seri Paduka dengan taufik dan hidayahNya sebagai Ketua Negara dan lambang kedaulatan Islam sebagai agama rasmi negara serta memayungi rakyat dan perpaduan masyarakat majmuk negara ini.
“Dipanjatkan setulus doa kepada Allah SWT agar Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dan Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong dilanjutkan usia dan sentiasa dalam keadaan sihat walafiat,” katanya dalam satu kenyataan di sini, malam ini.
— BERNAMA