Kemboja tarik balik larangan eksport ikan, beras dan padi

Kemboja tarik balik larangan eksport ikan, beras dan padi

PHNOM PENH,. Kemboja menarik balik larangan eksport ikan, beras dan padi yang dikuat kuasa sebelum ini bagi memastikan keselamatan makanan di negara ini mencukupi semasa wabak COVID-19, lapor agensi berita Xinhua.

Dalam satu kenyataan dikeluarkan pihak pemerintah pada Jumaat mengatakan “Kerajaan memutuskan untuk membenarkan eksport padi, beras dan ikan mulai 20 Mei 2020 dan seterusnya.”

Keputusan itu dibuat semasa mesyuarat kabinet mingguan, dipengerusikan Perdana Menteri Samdech Techo Hun Sen.

Sejak 5 April Vietnam menguatkuasakan larangan eskport dan ia ditarik balik selepas tiada kes baharu COVID-19 dilaporkan dalam tempoh lebih sebulan dan semua 122 pesakit telah sembuh.

— BERNAMA

CATEGORIES
TAGS
Share This