
Kempen Liga M3 musim 2023 akan bermula 4 Mac
KUCHING,. Kempen Liga M3 musim 2023 akan membuka tirainya bermula 4 Mac depan menerusi aksi pertama antara Sarawak United FC (SU FC) menentang Harini Selangor FT.
Dalam jadual rasmi yang dikeluarkan Liga Bola Sepak Malaysia (MFL), perlawanan kedua-dua pasukan terbabit berlangsung di Stadium Universiti Putra Malaysia (UPM) Serdang, Selangor jam 8.45 malam.
Ia disusuli perlawanan kedua SU FC menentang Bukit Tambun FC di Stadium Negeri Batu Kawan, Pulau Pinang pada 12 Mac, jam 4.45 petang.
Cabaran seterusnya ialah Malaysian University FC bagi perlawanan ketiga di Stadium Negeri, Petra Jaya pada 18 Mac dan sepak mula perlawanan tersebut jam 4.15 petang.
Liga M3 musim 2023 disertai 14 pasukan iaitu PIB Shah Alam FC, Armed Forces FC, Malaysia University FC, Bukit Tambun FC, Kuala Kangsar BRM FC, Melaka FC dan Manjung City FC.
Turut terlibat dalam liga berkenaan ialah Harini Selangor FT, Perlis United FC, Kuala Lumpur Rover FC, Naga Ultimate KS FC, Imigresen FC, SAIN FC dan Sarawak United FC.