Keputusan SPM diumum 16 Jun

Keputusan SPM diumum 16 Jun

PUTRAJAYA: Keputusan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2021 akan diumumkan pada 16 Jun (Khamis), menurut Kementerian Pendidikan (KPM).

KPM dalam satu kenyataan memaklumkan calon boleh mendapatkan keputusan peperiksaan SPM daripada sekolah masing-masing bermula pukul 10 pagi, manakala slip keputusan akan dihantar melalui pos bagi calon persendirian.

Calon sekolah dan calon persendirian juga boleh membuat semakan keputusan melalui kaedah secara dalam talian di pautan myresultspm.moe.gov.my untuk mendapatkan slip keputusan peperiksaan SPM 2021 mulai pukul 10 pagi pada 16 Jun sehingga pukul 6 petang pada 24 Jun.

Semakan juga boleh dibuat melalui sistem pesanan ringkas (SMS) untuk mendapatkan rumusan keputusan peperiksaan SPM 2021 dengan menaip SPMNoKPAngkaGiliran dan hantar ke 15888.

Sistem itu akan diaktifkan mulai pukul 10 pagi pada 16 Jun 2022 sehingga pukul 6 petang pada 22 Jun.

— BERNAMA

CATEGORIES
TAGS
Share This