Kerajaan akan salur 50 peratus keuntungan luar biasa MSM kepada tabung bahan api bio

Kerajaan akan salur 50 peratus keuntungan luar biasa MSM kepada tabung bahan api bio

KUALA LUMPUR,. Sekurang-kurangnya 50 peratus daripada cukai keuntungan luar biasa minyak sawit mentah (MSM) akan disalurkan kepada tabung penstabilan biobahan api, yang dijangka ditubuhkan dalam suku pertama tahun ini, kata Menteri Industri Utama Teresa Kok.

“Kementerian Kewangan sudah memberikan lampu hijau bahawa sekurang-kurangnya separuh daripada levi keuntungan luar biasa itu akan digunakan untuk dana penstabilan biobahan api, dan kami sedang menetapkan butirannya,” katanya kepada pemberita di luar forum ‘Kami Sayang Minyak Sawit’ di sini hari ini.

Pada forum itu, beliau berkata kerajaan menyasarkan 70 peratus dari kawasan penanaman kelapa sawit di negara ini memperoleh sijil Minyak Sawit Mampan Malaysia (MSPO) menjelang Mac tahun ini,

“Sehingga 6 Jan, kira-kira 62.4 peratus atau 3.65 juta hektar daripada 5.85 juta hektar ladang sawit di Malaysia sudah mencapai standard MSPO, termasuk 341 daripada 452 kilang di negara ini,” katanya.

— BERNAMA

CATEGORIES
TAGS
Share This