Kerajaan India diigesa keluarkan stok makanan bantu rakyat miskin

Kerajaan India diigesa keluarkan stok makanan bantu rakyat miskin

NEW DELHI,. Kerajaan India diminta untuk mengeluarkan stok makanan dari gudang untuk mengatasi masalah kekurangan makanan yang dialami rakyat negara ini disebabkan ‘lockdown’.

Terdapat laporan mengatakan penduduk miskin semakin tertekan kerana hilang punca pendapatan.

Kerajaan perlu mengeluarkan simpanan bijian dari gudang, kata profesor Jayati Ghosh dari Jawaharlal Nehru University.

“Sekarang ramai pekerja dalam keadaan yang amat teruk tanpa pendapatan atau makanan,” tulisnya di Twitter.


‘Lockdown’ yang dikuat kuasa di seluruh negara untuk mengekang penularan wabak COVID-19 pada awalnya diumumkan selama 21 hari dari 25 Mac, tetapi dilanjutkan sehingga 3 Mei.

Bekas menteri kewangan P. Chidambaram berkata makanan percuma dapat diberikan kepada golongan miskin daripada simpanan bijian di Food Corporation sebanyak 77 juta tan.

“Terdapat banyak bukti menunjukkan semakin ramai orang tiada duit dan terpaksa berbaris panjang utuk mendapatkan makanan bermasak dengan percuma ,” kata Chidambaram kepada media India.

— BERNAMA

Oleh Shakir Husain

CATEGORIES
TAGS
Share This