‘Kerajaan pintu belakang’: Biar Tun Mahathir kekal PM hingga selesai penggal – Azmin

‘Kerajaan pintu belakang’: Biar Tun Mahathir kekal PM hingga selesai penggal – Azmin

KUALA LUMPUR,. Mana-mana pihak mahupun individu yang ghairah mendapatkan kuasa segera diminta agar menghormati mandat yang telah diberikan oleh rakyat pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14 lalu.

Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berkata tindakan itu bukan sahaja menggugat keyakinan pelabur, ia juga disifatkan sebagai ‘kerajaan pintu belakang’.

“Kalau ada pihak yang nak mengubah pentadbiran dan kerajaan lebih awal daripada itu, dua tahun atau satu tahun, itulah sebenarnya ‘kerajaan pintu belakang’.

“Sepatutnya biarlah Tun Dr. Mahathir Mohamad kekal sebagai Perdana Menteri sehingga selesai tempoh penggal ini kerana itu mandat diberikan rakyat.

“Tentang apa yang diputuskan Pakatan Harapan itu hanya satu semangat dan persefahaman tanpa ditetapkan sebarang tempoh. Saya cabar mana-mana individu untuk menyatakan kepada umum bahawa ada persetujuan dalam satu tempoh terdekat, tidak ada,” katanya kepada media di lobi Parlimen hari ini.

Bagaimanapun, Mohamed Azmin tidak memperincikan individu mana yang ghairah untuk menggerakkan usaha mengubah pentadbiran kerajaan PH itu.

Mohamed Azmin yang juga Timbalan Presiden PKR menjawab pertanyaan media mengenai langkah mewujudkan ‘kerajaan pintu belakang’ yang digembar-gemburkan minggu lalu.

Pada 16 Oktober lalu, PH dalam kenyataan mendakwa bekas menteri daripada Barisan Nasional, Datuk Seri Hishammuddin Hussein menggerakkan kempen membentuk kerajaan baharu yang mengenepikan Parti Amanah Negara (Amanah) dan DAP.

CATEGORIES
TAGS
Share This

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus ( )