Kes baharu COVID-19 berkurangan lebih 2,500 kes berbanding hari sebelumnya

Kes baharu COVID-19 berkurangan lebih 2,500 kes berbanding hari sebelumnya

KUALA LUMPUR,. Sebanyak 22,070 kes baharu COVID-19 direkodkan hari ini , iaitu pengurangan sebanyak 2,529 kes berbanding semalam.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata perkembangan baharu itu menjadikan jumlah kumulatif kes di negara ini sebanyak 1,662,913 kes.

Menerusi perkongsian di Facebook rasminya, Dr Noor Hisham berkata Selangor kekal dengan kes tertinggi iaitu sebanyak 5,920 kes, diikuti Sabah (3,010), Sarawak (2,224), Kedah (2,072) dan Pulau Pinang (1,829).

Sementara itu, 1,809 kes direkodkan di Johor, Kuala Lumpur (1,068), Kelantan (1,051), Perak (939), Pahang (610), Melaka (589), Pahang (610), Terengganu (488), Negeri Sembilan (338), Perlis (76), Putrajaya (39) dan Labuan (lapan).

Semalam Malaysia merekodkan 24,599 kes baharu COVID-19 iaitu angka harian tertinggi sejak pandemik melanda negara tahun lepas.

— BERNAMA

CATEGORIES
TAGS
Share This

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus ( )