Kes baharu COVID kembali meningkat, 12,366 kes dilapor semalam – KP Kesihatan

Kes baharu COVID kembali meningkat, 12,366 kes dilapor semalam – KP Kesihatan

KUALA LUMPUR,. Kes baharu COVID-19 dalam tempoh 24 jam di negara ini kembali meningkat dengan 12,366 kes dilaporkan hari ini, kata Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.

Perkembangan itu menjadikan jumlah kumulatif kes COVID-19 di Malaysia kini sebanyak 939,899.

Selangor masih menjadi penyumbang utama kes baharu dengan 5,524 kes, diikuti Kuala Lumpur (1,580), Negeri Sembilan (970), Johor (793), Kedah (701) Sabah (657) dan Pulau Pinang (460).

Sarawak merekodkan 351 kes, Melaka (309), Perak (295), Pahang (288),Terengganu (190), Kelantan (179), Putrajaya (50), Labuan (17) manakala Perlis hanya dua kes.

— Bernama

CATEGORIES
TAGS
Share This

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus ( )