Kes baharu turun kepada 13,104 semalam

Kes baharu turun kepada 13,104 semalam

KUALA LUMPUR,. Kes baharu COVID-19 di seluruh negara dalam tempoh 24 jam lepas setakat 12 tengah hari menunjukkan penurunan dengan 13,104 kes direkodkan.

Menerusi perkongsian di media sosialnya, Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah memaklumkan angka itu menunjukkan penurunan kes sebanyak 795 berbanding 13,899 kes pada hari sebelmunya.

“Perkembangan terbaharu itu menjadikan jumlah kumulatif kes COVID-19 di negara ini sebanyak 2,198,235,” katanya.

Beliau berkata Sarawak merekodkan kes harian tertinggi dengan 2,943 disusuli Selangor (1,558), Johor (1,455), Kelantan (1,206) dan Sabah (1,078).

Negeri yang mencatatkan tiga angka bagi kes COVID-19 ialah Perak (994), Pulau Pinang (955), Kedah (721), Terengganu (685), Pahang (604), Melaka (362) dan Negeri Sembilan (165).

“Perlis mencatatkan sebanyak 80 kes, Putrajaya 24 kes manakala di Labuan, terdapat empat kes dilaporkan sehingga 12 tengah hari tadi,” katanya. – Bernama

CATEGORIES
TAGS
Share This

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus ( )